Digital Special Collection Portal

Khatijah Awang dan Seri Temenggong: satu kajian kes terhadap keusahawanan seni


Citation

Farok Zakaria (2011) Khatijah Awang dan Seri Temenggong: satu kajian kes terhadap keusahawanan seni. In: Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan Dan Keusahawanan Warisan, 16-18 Oct 2011, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Bachok , Kelantan. (Unpublished)

Abstract

Sebut sahaja nama Khatijah Awang( yang sering dipanggil Mak Jah), satu Malaysia mengenali beliau sebagai primadona Makyong. Ramai yang tidak mengetahui akan bakat beliau mengurus sebuah syarikat persembahan seni persembahan yang berdaftar. Mengambil peranan sebagai penggiat dan usahawan seni, Mak Jah telah bertungkus lumus menjalankan perniagaan seni persembahan warisan keluarganya secara lebih komersial.Kebolehan mengurus beliau terbukti dengan perolehan pelbagai penaja bagi persembahan Makyong di tahun Sembilan puluhan. Walaupun memegang pelbagai tanggungjawab samada sebagai, ibu, anak, isteri dan juga primadona Makyong, kebolehan beliau untuk mengabungkan semua ahli keluarga untuk membuat persembahan yang komersial terbukti berjaya. Dari sekecil-kecil persembahan tarian bagi makan malam sehinggalah kepada persembahan diraja, Mak Jah telah Berjaya mengasah bakat anak-anaknya dalam perniagaan seni. Kertas kerja ini akan mengupas usaha Kahtijah dalam mengurus sebuah perniagaan seni yang bercirikan kekeluargaan dalam menjadikan kelangsungan hidup Makyong.

Download File / URL

[thumbnail of Paper 1.pdf] Text
Paper 1.pdf

Download (232kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: October 2011
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8901
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2