Digital Special Collection Portal

Pengajaran dan pembelajaran :penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan islamisasi ilmu moden


Citation

Noor Hisham Md Nawi (2011) Pengajaran dan pembelajaran :penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan islamisasi ilmu moden. In: Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2011, 18 - 20 Disember 2011, Hotel Vistana Pulau Pinang. (Unpublished)

Abstract

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) sentiasa berubah. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa pembelajaran berorientasikan pelajar sedang diarusperdanakan secara radikal. Dalam konteks aksiologi ilmu di mana ilmu sains kontemporari dianggap bersifat eurosentrik dan mengabaikan paradigma tauhid, konsep-konsep asas dalam P&P sangat penting untuk diteliti semula bagi melaksanakan agenda gagasan Islamisasi ilmu moden (GIIM). Menurut perspektif GIIM, perkara yang paling fundamental dalam aspek P&P adalah penghasilan pembelajaran yang bermakna. Demikian juga, pertimbangan mengenai sumber dan hierarki ilmu sangat signifikan dan perlu diambil kira dalam penyampaian P&P walaupun ia harus menggunakan apa sahaja pendekatan dan kaedah yang ada (seperti berpusatkan guru, pelajar, objektif, hasil, proses dan nilai). Dalam kes tertentu, ilmu dalam kategori naqli yang berstatus ilmu fardhu ain khususnya pada peringkat awal pengajian, masih memerlukan ‟konsep berguru‟ kerana matlamat pembelajaran melibatkan pembinaan adab dan penghayatan nilai. Penelitian konsep-konsep asas dalam P&P penting untuk menggerakkan proses kesepaduan yang mengaplikasikan konsep pembebasan dan pengembalian. Pelaksanaan P&P yang tepat akan menggalakkan pemikiran kritis dan sintesis kreatif yang berpaksikan kepada pandangan alam Islam. P&P tersebut sekaligus tidak mengabaikan peranan jiwa dan aspek kerohanian untuk melengkapkan pertumbuhan potensi insan yang bersifat sepadu, seimbang dan menyeluruh.

Download File / URL

[thumbnail of P&P Penelitian semula menurut GIIM.pdf] Text
P&P Penelitian semula menurut GIIM.pdf

Download (262kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2011
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8885
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2