Digital Special Collection Portal

Islamofobia dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam kalangan mahasiswa Non-Muslim Institut Pendidikan Guru.


Citation

Azizah Hussin (2016) Islamofobia dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam kalangan mahasiswa Non-Muslim Institut Pendidikan Guru. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tesis ini adalah sebuah kajian kes tentang Islamophobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini meneliti tahap fobia dan pengaruh jihad, hudud serta poligami terhadap Islamophobia dalam pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan kaedah bergabung melalui tinjauan soal selidik dan temu bual. Seramai 270 sampel dan empat peserta kajian terlibat dipilih daripada empat IPG Zon Timur menggunakan teknik rawak berstrata dan rawak bertujuan. Data kuantitatif dianalisis melalui perisian SPSS manakala data kualitatif dianalisis melalui perisian ATLAS.ti. Secara keseluruhan, isu jihad, hudud dan poligami tidak mempengaruhi Islamofobia. Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Islamofobia seperti faktor menukar agama, larangan- larangan dalam Islam serta faktor budaya. Dapatan tahap fobia pula mencatatkan bahawa tahap fobia terhadap jihad dan poligami ialah takut manakala tahap fobia terhadap hudud adalah terancam. Namun tiada perbezaan ketara Islamofobia berdasarkan agama tetapi wujud perbezaan Islamofobia dari sudut jumlah kawan muslim. Secara umumnya, kajian ini mendapati pembelajaran kursus TITAS diakui membawa kesan yang positif kepada mahasiswa non-muslim. Kajian ini mencadangkan pembelajaran kursus TITAS diteruskan di IPG di seluruh Malaysia dengan beberapa penambahbaikan untuk mengurangkan Islamofobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim.

Download File / URL

[thumbnail of Azizah binti Hussin.pdf] Text
Azizah binti Hussin.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 17 May 2017 03:45
Last Modified: 17 Aug 2022 06:36
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8800
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2