Digital Special Collection Portal

Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana: pengurusan strategik dan faktor utama kejayaan sebagai pengantara


Citation

Abdull Suki Hamat (2015) Pengaruh motivasi usahawan terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana: pengurusan strategik dan faktor utama kejayaan sebagai pengantara. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa motivasi usahawan mempunyai pengaruh positif keatas perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Namun demikian, tidak banyak yang diketahui mengenai kesan pengantaraan (mediating effects) pengurusan strategik dan faktor utama kejayaan keatas hubungan diantara motivasi usahawan dan prestasi PKS. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menyelidiki hubungan antara motivasi usahawan, pengurusan strategik, faktor utama kejayaan dan prestasi PKS. Disamping menjelaskan tentang kepentingan perhubungan diantara motivasi usahawan dan pengurusan strategik terhadap prestasi PKS. Faktor motivasi usahawan berdasarkan kepada indikator keperluan-peluang keusahawanan iaitu; faktor keluarga, pengesahan luaran, dan pembangunan kendiri. Manakala pengurusan stategik berasaskan proses yang merangkumi empat tahap iaitu; strategi analisis, strategi formulasi, strategi pelaksanaan, dan strategi kawalan dan pembangunan. Manakala faktor utama kejayaan berasaskan kualiti, kepuasan, dan sokongan. Selanjutnya prestasi firma diukur berasaskan kepada; kewangan (keuntungan), kepuasan pelanggan, kepuasan pekerja, dan proses dalaman (produktiviti). Kaedah secara tinjauan digunakan di dalam kajian ini. Data untuk semua pembolehubah kajian telah diperolehi melalui bancian soal selidik kendiri yang perlu dijawab oleh pemilik atau pengurus PKS dan sebanyak 299 buah firma PKS seluruh Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan aplikasi SPSS 18. Analisis statistik dilakukan terhadap ciri-ciri sampel, pembolehubah bebas, pembolehubah pengantaraan, dan pembolehubah bersandar. Keputusan daripada analisis ini menunjukkan terdapat suatu bentuk hubungan yang signifikan positif diantara pengurusan strategik, faktor utama kejayaan, motivasi usahawan dengan prestasi PKS. Justeru kajian diharapkan dapat menambahkan literatur di dalam bidang keilmuan keusahawanan dan mampu menjadi sumber rujukan dalam program pembangunan keusahawanan bagi pembuat dasar, dan pemilik atau usahawan PKS dalam usaha mereka untuk meningkatkan kejayaan dan prestasi.

Download File / URL

[thumbnail of ABDULL SUKI BIN HAMAT.pdf] Text
ABDULL SUKI BIN HAMAT.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2015
Subject Heading: Entrepreneurship - Small business
Subject Heading: Entrepreneurship - small medium enterprises (Sme)
Subject Heading: Small business - Microenterprises
Number of Pages: 201
Call Number: HB615 .A23 2015 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Wee Yu Ghee
Programme: Masters in Entrerpreneurship
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8754
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2