Digital Special Collection Portal

Hubungan motivasi (intrinsik & ekstrinsik) terhadap kepuasan kerja Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang


Citation

Laila Nazura Nawi (2015) Hubungan motivasi (intrinsik & ekstrinsik) terhadap kepuasan kerja Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang. Masters thesis, University Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan dan faktor peramal/penyumbang di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kepuasan kerja di kalangan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia juga bertujuan untuk mengetahui tahap motivasi intrinsik, ekstrinsik dan kepuasan kerja pegawai serta mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara ciri-ciri demografi dengan kepuasan kerja. Soal selidik work preference inventory (WPI) yang telah dibangunkan oleh Amabile, T.M (1987) digunakan untuk mengukur tahap motivasi respondan manakala Job satisfaction servey (JSS) yang telah dibangunkan oleh Paul E. Spector (1999) digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Seramai 167 orang Pegawai Belia dan Sukan dalam kumpulan pelaksana yang terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 19. Analisis korelasi pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan di anatara motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kepuasan kerja pegawai manakala analisis regrasi berganda menunjukkan hanya faktor ekstrinsik sahaja yang memberi sumbangan dan pengaruh terhadap kepuasan kerja (R² =0.066; P < 0.05; P = 0.00). Ini menunjukkan faktor ekstrinsik menyumbang sebanyak 6.6% terhadap kepuasan kerja responden dan ianya perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dalam memastikan tahap kepuasan pekerja mencapai tahap yang tinggi sekaligus dapat menyumbang kepada prestasi kerja yang cemerlang.

Download File / URL

[thumbnail of LAILA NAZURA IR.pdf] Text
LAILA NAZURA IR.pdf

Download (453kB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Employee motivation
Subject Heading: Incentives in industry
Subject Heading: Job satisfaction
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 04 Jan 2016 12:55
Last Modified: 17 Aug 2022 09:09
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8751
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2