Digital Special Collection Portal

Perca kain sebagai serat alternatif dalam penghasilan produk kreatif.


Citation

Yusof Daud@Ismail (2013) Perca kain sebagai serat alternatif dalam penghasilan produk kreatif. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan..

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan potensi sisa perca kain yang dibuang dari industri tekstil di Kuala Terengganu.Tiga jenis industri tekstil yang terlibat dalam kajian ini.Ini termasuk;Industri Batik yang diwakili oleh Permint Suterasemai Sdn Bhd;Industri Songket yang diwakili oleh Manang Songket Sdn.Bhd dan dua (2) kilang jahitan pakaian,yang diwakili oleh Al-Rijjal men's collection dan Izz De'Rias collection.Pelupusan dan pembakaran terbuka terhadap sisa-sisa perca kain yang diamalkan oleh kebanyakan industri tekstil menyumbang kepada pembaziran dan pencemaran alam sekitar.Dalam usaha untuk mengawal ini,kajian terperinci mengenai potensi menggunakan sisa-sisa perca kain sebagai serat alternatif untuk menghasilkan produk kreatif telah dilakukan.Kajian terhadap sisa-sisa perca kain menumpukan kepada tiga isu;pertama adalah kajian mengenai struktur fabrik.Ini melibatkan dua proses,satu,mengasingkan warna dan jenis sisa perca kain,dua,mengukur panjang,lebar dan berat sisa perca kain.Kajian kedua memberi tumpuan kepada proses tenunan.Ini melibatkan dua kaedah tenunan;menggunakan akik tenun dan tenunan tanpa akik.Kaedah tenun (plain-weave) melibatkan penggunaan akik meja dan tenun kadbod manakala tenunan tanpa akik termasuk teknik anyaman biasa dan teknik ikatan macrame.Tenunan ini dijahit dengan mesin jahit industri berkelajuan tinggi bagi menstabilkan kekuatan kain tenunan yang terhasil.Kajian ketiga ialah satu kajian eksperimen yang dijalankan bagi tujuan kemasan akhir tenunan.Ini termasuk tiga proses iaitu proses batik;proses mewarna yang melibatkan penggunaan dua jenis pewarna (campuran pewarna napthol & fast salt dan pewarna remazol) Proses ketiga dalam kajian eksperimen ialah sulaman manik.Penemuan daripada kajian ini menunjukkan bahwa kaedah menggunakan sisa-sisa perca kain sebagai serat alternatif untuk menghasilkan produk kreatif adalah satu pendekatan yang berdaya maju bagi memberi nilai kepada hasil sisa buangan serta mencegah pencemaran alam sekitar.Oleh itu,tenunan kreatif hasil daripada kajian ini boleh memberikan pendapatan dan juga mempelbagaikan produk tekstil yang sedia ada di pasaran komersial.

Download File / URL

[thumbnail of Yusof Daud @ Ismail.pdf] Text
Yusof Daud @ Ismail.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2013
Subject Heading: Textile design
Subject Heading: Textile fabrics
Number of Pages: 151
Call Number: NK8804 .Y87 2013 tes
Supervisor: Mohamad Najib Bin Mohd Nor
Programme: Sarjana Sastera
Institution: Universiti Malaysia Kelantan.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8705
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2