Digital Special Collection Portal

Promosi panduan diet Malaysia 2010 : tahap pemahaman komuniti bandar dan luar bandar


Citation

Nurul Hafizah Yasin and Nurul Aziah Ahmad and NurHaiza Nordin and Mohd Safwan Ghazali and Nur Hazwani Abdullah (2015) Promosi panduan diet Malaysia 2010 : tahap pemahaman komuniti bandar dan luar bandar. In: The Proceedings of The 4th International Seminar on Entrepreneurship and Business (ISEB 2015). Faculty of Entrepreneurship and Business,UMK, pp. 548-558. ISBN 9789670955032

Abstract

Panduan Diet Malaysia edisi kedua telah diterbitkan pada tahun 2010 dengan 14 mesej utama. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap pemahaman 5 mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 dikalangan dewasa komuniti bandar dan luar bandar Kuala Terengganu. Seramai 356 orang subjek terdiri daripada 192 orang wanita dan 154 orang lelaki telah menyertai kajian ini. Borang soalselidik digunakan untuk mendapat data demografik dan untuk menentukan tahap pemahaman mesej utama Panduan Diet Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan seramai 80.3% subjek tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 1999 manakala 77.5% tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 2010. Majoriti subjek di kawasan bandar mempunyai tahap pemahaman sederhana dengan min skor 56.0 ± 19.3 berbanding min skor tahap pemahaman di kawasan luar bandar iaitu kurang memuaskan
45.7 ± 15.9 . Sebanyak 53% hingga 97% subjek tidak faham akan kata kunci seperti saiz sajian, tabiat sedentari, minyak campuran dan lemak tepu. Kesimpulannya, Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Makanan perlu menggubal beberapa kata kunci dan ayat dalam mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 atau diringkaskan supaya lebih mudah difahami oleh orang awam di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Download File / URL

[thumbnail of Conference Paper 30  ISEB 2015.pdf] Text
Conference Paper 30 ISEB 2015.pdf

Download (428kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Collection Type: Institution
Date: 2015
Uncontrolled Keywords: Panduan Diet,- Mesej utama - Tahap pemahaman - Komuniti bandar - Luar bandar.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8575
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2