Digital Special Collection Portal

Faktor individu sebagai komponen menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu usahawan E-Dagang


Citation

Ahmad Firdause Md Fadzil and Mohd Rafi Yaacob (2014) Faktor individu sebagai komponen menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu usahawan E-Dagang. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke - 9 PERKEM 2014. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, pp. 451-458. ISBN 2231 962X

Abstract

Kajian berkenaan usahawan sebagai salah satu komponen utama yang menyumbang kepada bidang
keusahawanan terutamanya bagi penciptaan perniagaan baharu telah banyak diketengahkan oleh
penyelidik lepas. Usahawan dilihat mempunyai ciri-ciri kualiti dan berbeza jika dibandingkan dengan
mereka yang lain bukan usahawan. Oleh itu, timbulnya beberapa pendekatan yang melihat kepada
psikologi usahawan seperti kognitif, personaliti, motivasi dan bukan psikologi yang melihat kepada
struktur demografik, geografi dan industri telah melahirkan penciptaan perniagaan baharu oleh
usahawan. Namun kajian berkenaan ciri-ciri usahawan e-dagang masih kurang diperdebatkan walaupun
telah menyumbang sebahagian besar kepada bidang keusahawanan kini terutamanya penciptaan kepada
nilai ekonomi kepada sesebuah negara. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana
psikologi iaitu bersandarkan kepada ciri-ciri personaliti usahawan e-dagang telah menyumbang kepada
penciptaan perniagaan baharu di Malaysia. Dengan mengunakan pendekatan secara kajian kes dengan
mEnggunakan kaedah pengumpulan data secara temubual seramai enam usahawan e-dagang yang
bermula pada bulan Mei 2013 sehingga April 2014 telah mengenalpasti terdapat beberapa ciri-ciri
personaliti usahawan sebagai komponen individu menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu
di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini telah mendapati penyumbang kepada penciptaan perniagaan
baharu oleh usahawan secara e-dagang di Malaysia adalah berdasarkan kreativiti, kesediaan bagi
menanggung risiko, berpandangan kehadapan, keinginan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan telah
mendokong kuat kepada justifikasi penciptaan perniagaan baharu. Oleh itu, kerajaan yang berperanan
mengalakkan aktiviti keusahawanan bagi melahirkan peluang perniagaan baharu dalam negara perlu
menerapkan elemen ini agar dapat meningkatkan nilai pembangunan ekonomi negara melalui
kemunculan perniagaan baru kelak

Download File / URL

[thumbnail of Paper Conference.pdf] Text
Paper Conference.pdf

Download (68kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Collection Type: Institution
Date: 2014
Uncontrolled Keywords: Keusahawanan - Perniagaan - E-dagang - Psikologi dan Ekonomi
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8543
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2