Digital Special Collection Portal

Penjenamaan tempat (Place Banding) dan faedah kepada sektor pelancongan


Citation

Mohd Fadil Mohd Yusof and Mohd Rafi Yaacob (2013) Penjenamaan tempat (Place Banding) dan faedah kepada sektor pelancongan. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) VIII. Pusat Pengajian Ekonomi , Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 159-165. ISBN 2231-962X

Abstract

Penjenamaan sesebuah tempat seperti kawasan bandar adalah kompleks kerana ia melibatkan kerjasama pelbagai entiti yang berasingan seperti kerajaan tempatan, pihak swasta dan komuniti setempat. Ianya penting bagi mencipta imej positif sesebuah destinasi atau tempat dan seterusnya merangsang aktiviti perniagaan terutama melalui sektor pelancongan yang semakin berkembang pesat. Melalui kaedah penjenamaan bandar yang efektif, ianya mampu mengubah persekitaran sesebuah bandar atau destinasi kearah yang lebih kondusif bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk. Pada masa yang sama, destinasi tersebut dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara untuk melancong dan mendapatkan pengalaman berada di destinasi yang terkenal dengan imej yang ditonjolkan melalui proses penjenamaan ini. Justeru, kertas ini pertamanya membincangkan konsep penjenamaan bandar yang telah dipraktiskan oleh bandar-bandar yang terletak di negara-negara maju dan apa yang boleh dipelajari oleh Malaysia dalam hal ini. Ia juga memperkenalkan konsep penjenamaan bandar dan faedah kepada sesebuah tempat atau destinasi dalam konteks pembangunan pelancongan. Kertas ini mencadangkan penjenamaan bandar adalah strategi pemasaran yang sesuai bagi mencipta dan menyampai imej yang positif sesebuah destinasi kepada masyarakat tempatan mahupun global. Disamping itu, kertas ini juga meneliti konsep penjenamaan bandar dan membincang implikasi kepada kerajaan, sektor perniagaan dan juga potensi penyelidikan.

Download File / URL

[thumbnail of Book Chapter 2.pdf] Text
Book Chapter 2.pdf

Download (276kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Collection Type: Institution
Date: 2013
Uncontrolled Keywords: Penjenamaan bandar - Pelancongan - Pembangunan destinasi pelancongan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8536
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2