Di abab 21, di era globalisasi, kelestarian atau kemampuan sesuatu syarikat perniagaan terutamanya di peringkat global bukan sahaja ditentukan oleh keuntungan kewangan semata-mata, tetapi dinilai melalui rekod organisasi tersebut dari segi kemanusiaan dan juga alam sekitar. Kedua isu ini penting pada masa ini dan akan menjadi semakin penting di masa akan datang. Justeru, untuk bersaing diperingkat global, perniagaan Malaysia tidak boleh memandang ringan terhadap perkembangan ini. Disebabkan oleh tekanan dari orangramai, pelanggan terutamnya mereka yang berpelajaran, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) diperingkat antarabangsa yang berpengaruh, mahupun pembekal-pembekal, syarikat-syarikat Malaysia perlulah lebih perihatin terhadap faktor kemanusiaan dan persekitaran dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka. Kalau dulu, isu kemanusiaan dan alam sekitar hanya dianggap faktor luaran, tetapi pada masa ini ia perlulah masukkan kedalam pengiraan dalam aktiviti perniagaan. Berlatarbelakang scenario di atas, matlamat utama kajian ini ialah untuk membincangkan bagaimana syarikat Malaysia boleh bersaing di peringkat global melalui strategi mesra alam. Berasaskan model 5 daya Porter iaitu teknik menganalisa industri dan persaing, kertas kerja ini akan mengupas dan membahaskan kes industri kelapa sawit di Malaysia. Seterusnya mencadangkan strategi terbaik untuk menjadi lebih kompetitif melalui amalan mesra alam. Strategi ini bukan sahaja mampu untuk mengurangkan kritikan (merosakkan hutan dan ancaman kepada orang utan dua contoh) terhadap industri kelapa sawit Malaysia diperingkat antarabangsa tetapi sebagai senjata ampuh untuk meletakkan industri sebagai satu industri yang unik yang tidak mudah disaingi oleh pesaing-pesaing industri kelapa sawit. Pendek kata stategi mesra alam industri kelapa sawit Malaysia sebagai wadah untuk memastikan industri ini menjadi lebih mesra alam dan seterusnya kemampanan industri ini diperingkat global