Digital Special Collection Portal

Pengurusan dana pusat ibadah: Kajian eksplorasi kes beberapa masjid di Kelantan.


Citation

Mohd Rushdan Yasoa and Mohd Safwan Ghazali and Mohd Afifie Mohd Alwi and Azira Hanani Ab Rahman and Siti Salwani Abdullah and Ahmad Ridhuwan Abdullah and Mohammad Ismail and Mohd Rafi Yaacob (2016) Pengurusan dana pusat ibadah: Kajian eksplorasi kes beberapa masjid di Kelantan. Journal of Education and Social Sciences, 5 (1). pp. 155-165. ISSN 2289-1552

Abstract

Kebanyakan masjid di Malaysia kurang menggunakan dana masjid secara berkesan serta hanya cenderung untuk menyimpan
dana tersebut di dalam bank atau seumpamanya bagi mendapatkan pulangan yang minimum. Keadaan ini telah membataskan
aktiviti masjid terhadap masyarakat setempat. Kekurangan dana akan memberi kesan kepada aktiviti masjid serta komuniti
setempat dan juga pembangunan fizikal masjid itu sendiri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sumber dana
masjid, mengkaji pengurusan agihan dana masjid dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dana
masjid. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif melalui temuramah secara mendalam telah dijalankan ke atas tiga buah
masjid di Kelantan. Penemuan daripada hasil kajian ini telah mengukuhkan dapatan kajian yang lepas iaitu sumber dana masjid
banyak bergantung kepada hasil sumbangan dan derma daripada orang ramai. Pengurusan dana masjid pula telah digunakan
secara optimum bagi perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan masjid. Ironinya, masjid-masjid ini tidak
mempunyai masalah dari segi perolehan sumber kerana mereka menerima sumbangan yang berterusan daripada orang ramai.
Walau bagaimanapun, beberapa idea bagi memperkasakan sistem pengurusan dana telah dicadangkan. Antara lainnya adalah seperti memanfaatkan dana untuk aktiviti perniagaan, mewujudkan program penandaarasan dan memperbanyakkan aktiviti
pengisian yang bukan sahaja bersifat ritual tetapi mampu menjana pendapatan tambahan kepada institusi masjid.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: October 2016
Journal or Publication Title: Journal of Education and Social Sciences
ISSN: 2289-1552
Uncontrolled Keywords: Masjid: Pengurusan Dana: Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8458
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2