Digital Special Collection Portal

Kajian penggunaan perisian sketchup terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam topik geometri bagi subjek matematik kejuruteraan satu (BA101)


Citation

Hasni Mahmood (2016) Kajian penggunaan perisian sketchup terhadap peningkatan pencapaian pelajar dalam topik geometri bagi subjek matematik kejuruteraan satu (BA101). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 99-108. ISSN 2289-4527

Abstract

Subjek matematik kejuruteraan satu merupakan subjek yang diwajib lulus bagi pelajar semester satu
Politeknik Malaysia. Salah satu masalah pelajar yang mengambil subjek tersebut di Politeknik Kota
Bharu ialah penguasaan dalam topik geometri. Pelajar menghadapi kesukaran apabila menjawab soalan
berkaitan dengan pengiraan isipadu berbanding pengiraan luas. Kelemahan utama di kalangan pelajar
ialah keupayaan daya visualisasi mereka apabila melibatkan soalan yang berkaitan lukisan geometri tiga
dimensi (3D). Salah satu perisian yang membolehkan pensyarah meningkatkan kemahiran daya visualisasi
pelajar ialah SketchUp versi asas untuk pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan perisian SketchUp versi asas dalam meningkatkan pencapaian bagi topik geometri yang
merupakan salah satu topik dalam subjek matematik kejuruteraan satu (BA101). Seramai 30 orang pelajar
dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
di Politeknik Kota Bharu terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
rekabentuk eksperimen ujian pra dan pos. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package For Social Science) versi 20. Hasil kajian menunjukkan selepas penggunaan perisian
SketchUp di dalam kelas, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang signifikan di antara ujian pra
dan ujian pos iaitu sebanyak 12.67%. Hasil dari ujian-t telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan antara markah pra dan pos di mana nilai t=4.519. Dapatan kajian (ρ= 0.000, SD = 15.35)
menunjukkan berlakunya peningkatan dalam penggunaan perisian SketchUp setelah dilakukan rawatan.
Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan perisian Google SktechUp versi
asas ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran topik geometri dalam kelas
matematik kejuruteraan satu di Politeknik Kota Bharu.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2016
Journal or Publication Title: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
ISSN: 2289-4527
Uncontrolled Keywords: Daya visualisasi : Geometri: Perisian SketchUp
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8330
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2