Digital Special Collection Portal

Idea politik gerakan radikal dan konservatif dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu 1946 - 1957


Citation

Mohd Abdul Aziz Ahmad and Mokhtaruddin Ahmad (2016) Idea politik gerakan radikal dan konservatif dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu 1946 - 1957. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 33-50. ISSN 2289-4527

Abstract

Artikel ini bermatlamat meneliti idea Gerakan Konservatif dan Radikal dalam perjuangan kemerdekaan
Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga tahun 1957 yang melibatkan kedudukan raja Melayu, bahasa
Melayu, ekonomi Melayu, kerakyatan Tanah Melayu, dan geografi politik. Setiap gerakan politik Melayu
mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam memperjuangkan isu kepentingan Melayu ini.Perkara
yang menjadi persoalan kajian ialah bagaimanakah idea ini diutarakan untuk kemerdekaan Tanah
Melayu? Adakah idea politik kedua-dua gerakan politik Melayu ini diterima pakai selepas Kemerdekaan
Tanah Melayu? Bagi menjawab persoalan tersebut, kajian dilakukan berdasarkan tema sejarah politik
yang menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan berdasarkan kepada dua
sumber iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh daripada Arkib Negara yang terdiri
daripada surat perseorangan, fail pentadbiran penjajah British, majalah dan akhbar pada zaman tersebut.
Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, tesis dan buku.Hasil daripada penilaian yang dibuat ideaidea
gerakan Radikal dan Konservatif telah memberi sumbangan yang besar kepada kemerdekaan
Tanah Melayu dan juga sebahagian idea-idea gerakan Konservatif dan Radikal diterima pakai dalam
perlembagaan Tanah Melayu 1957.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2016
Journal or Publication Title: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
ISSN: 2289-4527
Uncontrolled Keywords: Kedudukan raja Melayu : Bahasa dan kebudayaan Melayu : Ekonomi Melayu : Kerakyatan Tanah Melayu, Geografi politik.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8326
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2