Digital Special Collection Portal

International business knowledge of entrepreneurs in Narathiwat, Thailand


Citation

Mohd Rafi Yaacob and Mohd Nazri Zakaria and Mohammad Ismail and Zuraimi Abdul Aziz and Muhammad Bugree Lebahangus and Fakhrul Anwar Zainol (2016) International business knowledge of entrepreneurs in Narathiwat, Thailand. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 51-62. ISSN 2289-4527

Abstract

Narathiwat merupakan sebahagian daripada 77 wilayah di Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan,
Malaysia. Majoriti penduduknya beragama Islam dan mempunyai sosio-budaya yang sama. Pelbagai
produk dari Thailand dieksport ke Malaysia masuk melalui Kelantan dan sebagai salah satu prasyarat
perniagaan antarabangsa, usahawan Narathiwat perlu pengetahuan dalam hal ini. Kajian ini mengukur
pengetahuan perniagaan antarabangsa usahawan Narathiwat dan ini pengukuran tahap pengetahuan
usahawan penting bukan sahaja mencerminkan kekuatan perniagaan merentas sempadan sekarang
tetapi boleh menjadi petanda aras perancangan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Dalam
kajian ini, 30 usahawan mikro dan usahawan kecil daripada pelbagai perniagaan diselidiki pada April,
2014. Dengan menggunakan skala Likert, 1 pada tahap tidak tahu hingga 5 tahap sangat tahu, hasil kajian
menunjukkan usahawan mempunyai pengetahuan rendah dalam semua aspek: peraturan pengurusan
kewangan, dasar awam dan peluang perniagaan, AEC, rangkaian perniagaan, imej perusahaan serta
logistik dan pengedaran. Penemuan ini tidak bagus dalam konteks perniagaan antarabangsa dan pada
masa yang sama menimbulkan banyak persoalan. Untuk menangani hal ini, pemerintah Narathiwat dan
kerajaan Thailand perlu meningkatkan pengetahuan usahawan melalui pembentukkan polisi awam untuk
menyokong dan mengembangkan pengetahuan di kalangan usahawan. Dengan usaha sedemikian,
usahawan di Narathiwat akan lebih bersedia untuk menyertai AEC.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2016
Journal or Publication Title: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
ISSN: 2289-4527
Uncontrolled Keywords: Usahawan : Pengetahuan : Perniagaan Antarabangsa : Narathiwat
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8325
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2