Digital Special Collection Portal

Kesan penambahan habuk kayu cengal terhadap sifat kekerasan LDPE (Low Density Polyethelene)


Citation

Mohd Sobri Hussin and Shamsuddin Abdullah and Ahmad Farudzi Azib (2016) Kesan penambahan habuk kayu cengal terhadap sifat kekerasan LDPE (Low Density Polyethelene). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-4527

Abstract

Kajian ini melibatkan Polietelena Berketumpatan Rendah (LDPE) diadun dengan bahan tambah iaitu
habuk kayu Cengal (HK). Habuk kayu dapat dimajukan, ini kerana sisa kayu dapat mengurangkan
kos penggunaan bahan asli dalam pengeluaran. Lantaran itu, kajian dilakukan berhubung dengan
kekekerasan sesuatu bahan campuran yang dihasilkan. Oleh itu, satu kajian dilakukan bagi menentukan
kesan penambahan habuk kayu terhadap kekerasan bahan LDPE yang akan dihasilkan. Kajian dilakukan
dengan melihat kesan ke atas penambahan habuk kayu dengan sifat LDPE tulen. Pemerhatian dilakukan
terhadap sifat mekanikal LDPE yang dikurangkan kuantiti jisimnya dengan nisbah penambahan habuk
kayu sebanyak 3, 6, 9, 12 dan 15 peratus. Habuk kayu diayak menerusi pengayak yang bersaiz 200
μm dan ditimbang mengikut campuran penambahan. Sampel dihasilkan menggunakan mesin suntikan
panas bagi tujuan ujian kekerasan. Keputusan ujian dianalisa bertujuan untuk membuat perbandingan
dengan 100% LDPE dengan peratusan HK yang ditetapkan. Ujian kekerasan secara keseluruhannya
meningkat. Peningkatan paling tinggi adalah pada sampel 12% HK iaitu sebanyak 8.2%. Dalam kajian
ini kekerasan bahan meningkat dengan penambahan HK. Kajian lanjut tentang kekuatan bahan boleh
diteruskan melalui penambahan saiz partikel pengisi yang lebih halus.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2016
Journal or Publication Title: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
ISSN: 2289-4527
Uncontrolled Keywords: Habuk kayu chengal : LDPE : Ujian kekerasan : Peratusan yang ditetapkan : Kekerasan meningkat
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8323
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2