Digital Special Collection Portal

Peramal Kepuasan Hidup Wanita Melayu Pertengahan Umur Bekerjaya di Hulu Langat, Selangor


Citation

Siti Marziah Zakaria and Nor Ba'yah Ab Kadir and Nasrudin Subhi and Khaidzir Ismail (2015) Peramal Kepuasan Hidup Wanita Melayu Pertengahan Umur Bekerjaya di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Akademika, 85 (2). pp. 45-53. ISSN 0126-5008

Abstract

Kepuasan hidup boleh dinilai secara spesifik mengikut domain tertentu kehidupan atau secara umum. Usia pertengahan sinonim dengan senario krisis pertengahan usia (midlife crisis). Ia digambarkan sebagai perubahan mendadak pada personaliti, gaya hidup dan keutamaan di dalam hidup. Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Sokongan sosial, penghargaan kendiri, kesunyian dan motivasi agama dalaman dijangka mempengaruhi kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Kajian
ini telah dijalankan ke atas 410 orang wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat, Selangor. Persampelan
bertujuan telah digunakan kerana responden yang dipilih perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu; wanita bekerjaya,
Melayu, berumur 40-59 tahun dan tinggal serta bekerja di Hulu Langat, Selangor. Satu set borang soal selidik
digunakan untuk mengkaji pemboleh ubah-pemboleh ubah terpilih. Analisis yang digunakan untuk mencapai objektif
kajian ialah analisis regresi pelbagai (berperingkat). Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya pemboleh ubah
sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kesunyian menyumbang kepada kepuasan hidup. Motivasi agama dalaman
didapati tidak signifikan dalam meramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Analisis R² mendapati bahawa
pemboleh ubah yang dikaji menyumbang sebanyak 47% kepada varians kepuasan hidup. Hasil kajian menyumbang
kepada pemahaman baru terhadap peramal kepuasan hidup wanita pertengahan usia. Ia boleh dimanfaatkan oleh ahli
psikologi, kaunselor, penyelidik dan pekerja sosial. Hasil kajian akan memberi input kepada perancangan program untuk meningkatkan kepuasan hidup wanita. Ia juga boleh dijadikan rujukan untuk penggubalan polisi dan dasar demi kebajikan wanita.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2015
Journal or Publication Title: Jurnal Akademika
ISSN: 0126-5008
Uncontrolled Keywords: Sokongan sosial; penghargaan kendiri; motivasi agama; kesunyian; kepuasan hidup
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8162
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2