Digital Special Collection Portal

Penggunaan strategi belajar bersama rakan dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Citation

Ahmed Thalal Hassan and Ghazali Yusri and Parilah M. Shah and Wan Haslina Wah (2012) Penggunaan strategi belajar bersama rakan dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 27. pp. 37-50. ISSN 2180-3463

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu
subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk
melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam
konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara
kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri
(self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for
Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat
dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified
random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar.
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini
pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan
bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap
kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar
untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini
mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sendiri.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2012
Journal or Publication Title: Asia Pacific Journal of Educators and Education
ISSN: 2180-3463
Uncontrolled Keywords: Strategi belajar bersama-sama rakan - Pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab - Strategi pembelajaran kendiri - MSLQ
Subject Heading: Self-managed learning
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7801
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2