Digital Special Collection Portal

Hubungan etnik di Malaysia dari perspektif islam


Citation

Nik Yusri Musa and Nazri Muslim and Ahmad Hidayat Buang (2011) Hubungan etnik di Malaysia dari perspektif islam. Kajian Malaysia, 29 (1). pp. 1-28. ISSN 0127-4082

Abstract

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan pandangan Islam terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam. Turut dibincangkan ialah prinsip kesamarataan dan keadilan dalam Islam dengan melihat situasi yang berlaku di Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hasil perbincangan menunjukkan, kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesamarataan dalam Islam berdasarkan empat hujah iaitu pertama, walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, namun ia bukan melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Kedua, pelaksanaan terhadap keistimewaan orang Melayu tidak menjejaskan kedudukan ekonomi, dan pendidikan serta politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik daripada orang Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang telah wujud sebelum merdeka dan dimasukkan kembali apabila perlembagaan digubal. Keempat, ia adalah persetujuan yang telah dicapai melalui perundingan antara etnik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2011
Journal or Publication Title: Kajian Malaysia
ISSN: 0127-4082
Uncontrolled Keywords: kesamarataan, keadilan, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan- Hubungan etnik - Orang Melayu - Orang bukan Melayu - Islam
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7711
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2