Digital Special Collection Portal

Kesediaan untuk berubah dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan


Citation

Raja Abdullah, Nik Noraini and Md Nawi, Noor Hisham (2018) Kesediaan untuk berubah dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Kelantan. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1 (2). pp. 40-59. ISSN 2637-0360

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini bertujuan menentukan tahap kesediaan untuk berubah dalam kalangan guru sekolah rendah di seluruh negeri Kelantan. Daripada jumlah 16, 305 orang guru sekolah rendah di seluruh negeri Kelantan, seramai 413 orang telah dipilih sebagai responden kajian. Data berkaitan 6 dimensi kesediaan untuk berubah (kewajaran berubah, sokongan pengurusan, efikasi, valens personal, diskrepansi, dan komunikasi) dikumpul menggunakan kaedah soal selidik. Nilai pekali alpha bagi soal selidik yang digunakan adalah dalam julat di antara 0.812- 0.948. Kajian mendapati guru mempunyai tahap kesediaan untuk berubah yang tinggi. Didapati min bagi dimensi luaran (sokongan pengurusan, komunikasi) kesediaan berubah lebih tinggi daripada min dimensi
dalaman (efikasi, valens personal). Guru-guru bersedia untuk berubah sekiranya faktor luaran dapat dipenuhi. Kesediaan untuk berubah guru didapati berbeza mengikut jantina dan tempoh berkhidmat. Tahap kesediaan berubah guru lelaki didapati lebih tinggi berbanding guru
perempuan, terutamanya bagi dimensi sokongan pengurusan dan kewajaran berubah. Guru-guru baharu menunjukkan tahap kesediaan untuk berubah lebih tinggi daripada guru-guru lama, terutamanya bagi dimensi komunikasi, diskrepansi dan sokongan pengurusan.

Download File / URL

[thumbnail of Kesediaan untuk Berubah dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah.pdf] Text
Kesediaan untuk Berubah dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah.pdf

Download (479kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: diskrepansi; efikasi; kewajaran berubah; sokongan pengurusan; valens personal
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7592
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2