Digital Special Collection Portal

Penentuan benefisiari bagi manfaat takaful berasaskan konsep ʻUmrā dan Ruqbā: penelitian dari sudut Fiqh


Citation

Ahmad, Mohd Kamil (2018) Penentuan benefisiari bagi manfaat takaful berasaskan konsep ʻUmrā dan Ruqbā: penelitian dari sudut Fiqh. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1 (1). pp. 14-30. ISSN 2637-0360

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian penggunaan konsep ʻumrā dan ruqbā sebagai asas kepada hibah bersyarat dalam menentukan benefisiari bagi manfaat takaful, sebagaimana yang terkandung di dalam Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam oleh Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara Malaysia dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Persoalan yang ditimbulkan ialah: Adakah penggunaan konsep ruqbā sebagai asas kepada hibah bersyarat adalah tepat memandangkan status manfaat takaful sebagai harta milik peserta masih lagi
samar? Melalui kaedah deskriptif dan analisis teks berasaskan pendekatan fiqh perbandingan mazhab, kajian ini meneliti realiti sebenar manfaat takaful dan memperhalusi perbahasan fuqaha mengenai ʻumrā dan ruqbā bagi menjelaskan kesesuaian penggunaan konsep ini sebagai
asas pengurusan manfaat takaful menggunakan hibah bersyarat. Kajian ini mendapati bahawa sifat manfaat takaful yang belum wujud dan tidak mampu dimanfaatkan semasa hibah bersyarat dibuat menjadikan penggunaan ruqbā sebagai asas pertimbangan bagi hibah bersyarat ini tidak
tepat. Ini berikutan, perbahasan fuqaha mengenai ʻumrā dan ruqbā adalah mengenai pemindahan hak milik yang dilakukan ke atas sesuatu harta yang telah wujud dan boleh dimanfaatkan semasa akad tersebut dibuat. Begitu juga, sebahagian fuqaha yang mengharuskan ʻumrā dan juga ruqbā serta menyatakan bahawa syarat yang terkandung di dalam keduanya sebagai harus, asas bagi pendapat mereka adalah; ʻumrā dan ruqbā merupakan akad yang menyebabkan pemindahan hak milik ke atas manfaat sesuatu harta seperti ʻāriyah, dan bukannya fizikal harta tersebut, yang membawa maksud bahawa harta yang dihibahkan telah
wujud dan sedia untuk dimanfaatkan.

Download File / URL

[thumbnail of Penentuan Benefisiari bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep ʻUmrā.pdf] Text
Penentuan Benefisiari bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep ʻUmrā.pdf

Download (835kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: Umrā, Ruqbā, Hibah Bersyarat, Takaful, Manfaat Takaful
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7585
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2