Digital Special Collection Portal

Hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur


Citation

Zakaria, Siti Marziah and Ijon, Ruzaini and Wan Shaharuddin, Wan Yusoff and See, Soo Yin (2019) Hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2 (1). pp. 1-13. ISSN 2637-0360

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerjaya, perapatan dan sokongan sosial ke atas kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai 310 responden terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada kajian ini
telah dianalisis secara inferensi. Skor min bagi pemboleh ubah perapatan adalah tertinggi (M = 47.04, SD = 5.22) diikuti sokongan sosial (M = 32.54, SD = 4.35), kepuasan pekerjaan (M = 32.00, SD = 3.86 dan kepuasan hidup (M = 27.81, SD = 3.07). Dapatan korelasi bagi pemboleh ubah kepuasan hidup dengan sokongan sosial, perapatan dan kepuasan pekerjaan mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan bagi keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji (p < .01). Analisis korelasi Pearson mendapati kepuasan pekerjaan mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan kepuasan hidup (r = .443, p < .01), manakala kepuasan hidup menunjukkan hubungan positif yang rendah dengan sokongan sosial (r = .362, p < .01) dan perapatan (r = .311, p < .01). Ini mencadangkan bahawa kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia dalam kajian ini lebih bergantung kepada kepuasan kerjaya berbanding dengan sokongan sosial dan perapatan. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi pemahaman terhadap faktor-faktor kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan
usia. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh kaunselor dan pekerja sosial dalam merangka lebih banyak strategi dan agenda untuk memenuhi keperluan kepada sokongan sosial dalam kalangan golongan tersebut. Kajian akan datang juga boleh dijalankan di kawasan luar bandar bagi melihat hasil perbandingan kepuasan hidup wanita berkerjaya di kawasan luar bandar tersebut.

Download File / URL

[thumbnail of Hubungan antara Kepuasan Kerjaya, Perapatan dan Sokongan Sosial ke.pdf] Text
Hubungan antara Kepuasan Kerjaya, Perapatan dan Sokongan Sosial ke.pdf

Download (288kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2019
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: Kepuasan kerjaya; perapatan; sokongan sosial; kepuasan hidup; wanita bekerjaya
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7581
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2