Digital Special Collection Portal

Pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan Cina Muslim Kelantan [Bonding social capital posession among Kelantan Chinese Muslim]


Citation

Adi Syahid Mohd Ali and Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail (2018) Pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan Cina Muslim Kelantan [Bonding social capital posession among Kelantan Chinese Muslim]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3 (1). pp. 19-29. ISSN 0127-9319

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada pemilikan modal sosial ikatan dalam kalangan Cina Muslim Kelantan. Komuniti Cina Muslim diperhatikan mempunyai konflik dalam modal sosial ikatan mereka. Modal sosial ikatan ialah hubungan komuniti Cina Muslim dengan dengan ahli keluarga mereka yang tidak
beragama Islam. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian gabungan penjelasan berikutan yang melibatkan komuniti Cina Muslim iaitu seramai 75 orang dalam kajian kuantitatif dan lima orang dalam kajian kualitatif. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah
dan bola salji. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan pemilikan modal sosial ikatan berada pada tahap akrab sebelum memeluk agama Islam dan berubah kepada sederhana akrab selepas memeluk agama Islam. Ini
menunjukkan komuniti Cina Muslim mempunyai konflik dalam modal sosial ikatan mereka. Hasil kajian turut mengesahkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pemilikan modal sosial ikatan sebelum dan selepas memeluk agama Islam dan tidak terdapat perbezaan signifikan pemilikan modal
sosial ikatan berdasarkan tempoh memeluk agama Islam. Sementara itu, data kualitatif mengesahkan perbezaan modal sosial ikatan Cina Muslim, selanjutnya data kualitatif menerangkan bahawa perbezaan dalam modal sosial ikatan tidak disebabkan oleh konflik selepas memeluk agama Islam
tetapi disebabkan oleh perbezaan amalan dan kepercayaan, yang telah memberi kesan secara signifikan kepada modal sosial ikatan mereka. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kapasiti harus dilaksanakan supaya perbezaan agama tidak menjadi penghalang kepada hubungan yang sihat dan
berterusan antara Cina Muslim dan ahli keluarga mereka yang tidak memeluk agama Islam.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: Journal of Nusantara Studies (JONUS)
ISSN: 0127-9319
Uncontrolled Keywords: Modal sosial; modal sosial ikatan; komuniti Cina Muslim; keupayaan; pemilikan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7328
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2