Digital Special Collection Portal

Kajian konsep kerusi menunggu bagi premis sukan.


Citation

Mohd Khairul Shukri Abdul Rashid (2011) Kajian konsep kerusi menunggu bagi premis sukan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan(FTKW). (Submitted)

Abstract

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji konsep rekaan kerusi 'waiting chair' bagi kegunaan premis-premis sukan.Selain itu,kajian ini juga turut mengenalpasti jenis-jenis permasalahan yang timbul terhadap penggunaan kerusi yang sedia ada di premis-premis pada masa kini.Kajian ini juga dilakukan bagi mengkaji apakah jenis-jenis kriteria yang sesuai dalam penghasilan kerusi 'waiting chair' bagi kegunaan di premis sukan.Kajian ini telah dijalankan di premis-premis sukan yang terletak di sekitar kawasan Kota Bharu,Kelantan.Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi telah terlibat secara langsung dalam kajian ini.Kaedah borang soal selidik merupakan antara kaedah yang digunakan dalam mengumpul data.Struktur bagi borang soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada empat bahagian iaitu,bahagian demografi,kerusi 'waiting chair',kriteria produk dan ergonomik.Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa sebanyak 60% daripada responden yang terlibat secara langsung dalam kajian ini bersetuju dengan rekaan kerusi menunggu yang berkonsepkan 'sporty' dengan penekanan lebih diberikan dari aspek pengaplikasian bentuk dan juga pemilihan warna pada rekaan kerusi.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 115
Supervisor: En. Ramli Bin Ismail
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan(FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7286
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2