Digital Special Collection Portal

Unsur-unsur seni dalam ukiran kayu melayu:tumpuan pada motif,falsafah,perlambangan dan fungsi.


Citation

Hasbillah Ahmad (2010) Unsur-unsur seni dalam ukiran kayu melayu:tumpuan pada motif,falsafah,perlambangan dan fungsi. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Penulisan kajian ilmiah ini adalah untuk mengkaji tentang ukiran kayu melayu iaitu simbol kerajinan tangan,kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni.Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu melayu mencerminkan jati diri masyarakat melayu itu sendiri.Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.Dalam seni ukiran melayu,motif terbahagi kepada beberapa jenis seperti flora,fauna,kosmos,kaligrafi dan geometri.Motif-motif popular kebanyakannya diambil daripada unsur flora dan fauna.Kewujudan serta keindahan alam telah memberi ilham kepada pengukir untuk melahirkan ciptaan yang mengagumkan.Bentuk ukiran kayu melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku.Turut dikaji adalah pemikiran pengukir melayu kerana seni ukir melayu yang tersurat indah lagi berseni masih belum cukup dimengertikan untuk menjadikannya sesuatu yang dibanggakan oleh masyarakat melayu masa kini.Pengertian yang tersirat harus difahami seimbang dengan penghayatan tersurat bagi menikmati sepenuhnya keindahan yang dihasilkan oleh penciptanya.Keindahan ukiran melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat melayu dengan gabungan ketinggian ilmu,kebolehan minda dan kemahiran untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh dihayati.Selain daripada melahirkan keindahan,ukiran kayu juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang tidak kurang pentingnya.Kajian turut mengambil kira bagaimana ukiran diaplikasikan dalam kehidupan manusia dan relevan fungsi ukiran itu sendiri yang merangkumi pengaliran udara,peneduhan,estetika dan keselamatan.Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja,binaan masjid dan mimbar,surau,wakaf,pintu gerbang,alat-alat permainan masa lapang,alat-alat muzik tradisi,perabot dan kepala perahu yang disebut bangau,senjata,peralatan memasak,peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 65
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7279
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2