Digital Special Collection Portal

Penggunaan perkhidmatan perbidanan dalam masyarakat melayu:kajian perbezaan antara masyarakat bandar dan kampung daerah Tanah Merah.


Citation

Suzilawati Che Rani (2010) Penggunaan perkhidmatan perbidanan dalam masyarakat melayu:kajian perbezaan antara masyarakat bandar dan kampung daerah Tanah Merah. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Penggunaan perkhidmatan perbidanan kini semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya golongan muda kerana mereka lebih suka menggunakan perkhidmatan yang lebih moden seperti hospital.Namun, mereka tidak sedar bahawa perkhidmatan yang menggunakan ilmu perbidanan ini juga sama keberkesanannya dengan perkhidmatan hospital.Kajian ini akan melihat kepada beberapa kebaikan iaitu untuk mengetahui kepelbagaian perkhidmtan, cara-cara perubatan dan rawatan yang masih lagi menjadi sambutan masyarakat terhadap ilmu perbidanan ini.Kaedah yang dilakukan semasa menjalankan kajian ini adalah temuramah, fotografi, pemerhatian dan sumber sekunder.Kajian ini telah dilakukan di daerah Tanah Merah dan enam buah kampung telah dipilih untuk dijadikan sebagai tempat kajian.Pengkaji telah memilih tiga buah kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan tiga buah kampung yang terletak di kawasan bandar atau berhampiran dengan bandar.Seorang bidan akan ditemuramah bagi mewakili sebuah kampung dan sepuluh orang masyarakat kampung bagi mendapatkan data mengenai perkhidmatan perbidanan ini.Seterusnya pula, pengkaji telah menyarankan cadangan untuk mengekalkan ilmu perbidanan ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman dan menjadi tumpuan masyarakat.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 112
Supervisor: Prof. Dr. Farok Bin Zakaria
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7278
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2