Digital Special Collection Portal

Amalan adat bercukur di Kelantan:satu kajian terhadap perbandingan struktur antara empat daerah


Citation

Suri Surida Noordin (2010) Amalan adat bercukur di Kelantan:satu kajian terhadap perbandingan struktur antara empat daerah. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Adat adalah satu budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.Adat dalam masyarakat melayu seperti adat bercukur telah diwarisi turun temurun sejak dari dahulu lagi.Adat bercukur adalah merujuk kepada membuang atau menggunting sebahagian rambut di kepala bayi yang baru lahir.Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan di empat daerah pilihan pengkaji.Kebiasaannya adat bercukur ini akan diadakan selepas tujuh hari bayi dilahirkan.Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa adat bercukur ini adalah sunat dilakukan.Ada sesetengah masyarakat Kelantan yang mengatakan bahawa adat bercukur dan akikah adalah perkara yang sama kerana ianya dilakukan pada hari ke tujuh tetapi mereka masih lagi mengadakan kenduri akikah di bulan Zulhijah.Penggunaan bahan dalam adat bercukur mempunyai falsafahnya yang tersendiri.Kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji adakah melalui sumber rujukan ilmiah dan juga data kuantitatif.Dalam dapatan kajian pula pengkaji telah mengetahui struktur yang telah berlaku di empat daerah pilihan pengkaji iaitu Kuala Krai,Tanah Merah,Bachok dan Kota Bharu dan telah mengetahui apakah perbezaan yang terdapat di dalam struktur adat yang ada di empat daerah tersebut.Pengkaji juga telah memberi cadangan untuk mengekalkan adat bercukur yang ada di negeri Kelantan ini antaranya ialah direkodkan di dalam CD dan sebagainya.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 118
Supervisor: Dr.Farok Bin Zakaria
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7271
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2