Digital Special Collection Portal

Kajian motif dan bentuk tembikar Mambong di Negeri Kelantan.


Citation

Mohd Azan, Yusoff (2010) Kajian motif dan bentuk tembikar Mambong di Negeri Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Kesenian dalam kebudayaan melayu telah lama lahir bersama-sama dengan penciptaan barangan keperluan harian.Tembikar tradisi yang sudah terkenal dengan fungsi utiliti juga tidak dapat dipisahkan dari makna estetikanya.Kajian mendalam tentang estetika tembikar tradisi Mambong ini menjadi wajar kerana tiada lagi kajian yang menjurus kepada estetika tembikar tradisi Mambong.Tembikar tradisi Mambong telah dikesan dalam masyarakat di kampung Mambong sejak tahun 1868.Kewujudan tembikar tradisi Mambong selama 238 tahun,dari tahun 1868-2006 di kampung Mambong di persisiran sungai Galas dalam daerah jajahan Kuala Krai,Kelantan merupakan satu fenomena yang sangat unik.Penghasilan bekas perasapan,buyung,geluk,geluk bertangkai,belanga dan periuk kukusan telah mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat di kampung Mambong mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat keperluan fizikal dan rohani.Penghasilan barangan tembikar Mambong bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika.Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan kajian mendalam terhadap estetika tembikar tradisi Mambong.Data-data yang dikumpul adalah dalam bentuk perkataan,jurnal-jurnal berwasit,artifak,karya-karya tembikar tradisi yang dikaji,nota lapangan dan audio visual.Kaedah temubual bersama-sama responden juga melengkapkan pengumpulan data dengan menumpukan kepada fokus yang ditetapkan melalui batas kajian.Sewajarnya estetika tembikar tradisi Mambong Kelantan diagungkan kepentingannya dan faedahnya dengan memberi satu penghargaan dan aprisasi terhadap kepelbagaian nilai-nilai estetik yang ada pada tembikar tradisi ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 82
Supervisor: Dato' Dr. Adi Bin Haji Taha
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6811
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2