Permainan tradisional merupakan permainan yang beraneka ragam jenis permainannya.Namun apa yang pengkaji ingin fokuskan adalah permainan tradisional yang digelar batu seremban.Di dalam permainan ini terkandungnya unsur-unsur tanggungjawab,kerjasama,disiplin dan toleransi.Sehubungan dengan itu,pengkaji ingin menerapkan kembali permainan tradisional batu seremban ini dalam kalangan remaja hari ini memandangkan permainan ini sudah semakin dilupakan ditelan arus zaman.Sebuah video dokumentari akan dibentuk setelah beberapa proses penyelidikan dijalankan dengan melihat secara teliti akan proses pembangunan dokumentari ini agar dapat menarik minat golongan remaja.Hal ini kerana,pengkaji melihat bahawa permainan ini sudah jauh ditinggalkan zaman.Jadi pengkaji ingin mengambil langkah inisiatif bagi melahirkan sebuah video dokumentari permainan tradisional batu seremban.hal ini bagi memastikan keberlangsungan permaianan warisan negara kita dapat dikekalkan untuk masa yang lebih lama.Di dalam pembuatan dokumentari ini,pelbagai aspek telah digunakan terutamanya dari segi tulisan,warna,keadaan sekeliling dan juga turut menggunakan suara bagi menjelaskan peraturan bermain batu seremban.Kesemua aspek ini sangat penting bagi menjayakan dokumentari batu seremban ini.Tulisan yang digunakan dalam dokumentari ini ialah century gothic dan juga abbeyline.Manakala dari segi warna pula pengkaji menggunakan warna terang bagi menaikkan seri dalam video yang dihasilkan.