Digital Special Collection Portal

Kempen cegah penyakit kencing tikus(Leptospirosis).


Citation

Siti Nur Rohaya, Md Rafie (2015) Kempen cegah penyakit kencing tikus(Leptospirosis). Undergraduate Final Project Report thesis, FTKW. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilakukan kerana masyarakat kurang terdedah dengan kempen kesedaran mengenai penyakit kencing tikus melalui medium infografik di Negeri Kelantan.Kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui infografik bagi memberikan maklumat yang jelas,ringkas dan padat kepada masyarakat.Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan holistik iaitu melalui kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,kaedah temubual berstruktur dan borang soal selidik.Infografik yang menggunakan konsep ikon adalah lebih mudah untuk menarik perhatian masyarakat untuk melihat dan membacanya.Ikon yang dihasilkan menggunakan ikon yang ringkas dan memudahkan masyarakat untuk memahami maksud ikon tersebut.Warna yang digunakan untuk menghasilkan medium ini ialah warna hitam dan kuning.Warna hitam melambangkan perlindungan dan kekuatan pada sesuatu reka bentuk yang dihasilkan.Manakala warna kuning pula bermaksud ingatan,imaginasi logik,kekuatan,pemahaman dan juga dapat menarik perhatian.Selain itu,tipografi yang digunakan untuk tajuk ialah Century Gothic dan tipografi untuk semua teks ialah Arial.Reka bentuk yang dihasilkan akan menjadikan penonton mudah untuk menerima dan memahami maklumat yang disampaikan.Oleh sebab itu,diharapkan dengan penghasilan medium infografik ini akan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyakit kencing tikus (leptospirosis).

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 79
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Multimedia
Institution: FTKW
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6700
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2