Digital Special Collection Portal

Dokumentasi perubatan tradisional Main Teri.


Citation

Siti Nur Amanina, Muhamad (2015) Dokumentasi perubatan tradisional Main Teri. ["eprint_fieldopt_thesis_type_postgraduate" not defined] thesis, FTKW. (Submitted)

Abstract

Main Teri merupakan perubatan tradisional yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat melayu sejak beberapa abad yang lampau.Main Teri ini sangat terkenal dan diamalkan oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Pattani.Main Teri merupakan sebuah persembahan yang dilakukan untuk mengubati penyakit pada masa dahulu.Kajian ini dilakukan kerana kurangnya dokumentasi visual tentang Main Teri.Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,kajian lapangan,kaedah temubual dan kaedah rakaman.Dokumentasi visual ini lebih kepada konsep untuk para remaja dan ianya hanya menggunakan lebih kepada gambar.Hal ini kerana,melalui visual sahaja orang akan dapat fahami walaupun tiada penyataan pada gambar tersebut.Warna yang digunakan untuk menghasilkan medium ini ialah warna kelabu dan warna oren.Tujuan penggunaan warna oren adalah untuk menerangkan pada sesuatu rekabentuk yang dihasilkan.Selain itu,tipografi yang digunakan untuk tajuk utama ialah Old Sans Black dan tipografi untuk semua teks ialah Helvetica.Reka bentuk yang dihasilkan akan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang Main Teri kepada orang ramai terutamanya kepada golongan muda.Oleh itu,diharapkan dengan penghasilan medium dokumentasi visual ini juga dapat membantu perubatan tradisional Main Teri ini daripada pupus dan dapat memberikan pengetahuan yang jelas kepada orang ramai terutamanya kepada golongan muda.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 92
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Multimedia
Institution: FTKW
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6689
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2