Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap jenis-jenis dan corak wau di negeri Kelantan.


Citation

Mohd Azir, Mohd Nawi (2010) Kajian terhadap jenis-jenis dan corak wau di negeri Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis, FTKW. (Submitted)

Abstract

Warisan merupakan sesuatu yang sangat berharga yang mana ia akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.Warisan yang tidak dipulihara lazimnya akan pupus tanpa disedari dan ia adalah merupakan satu kerugian yang tidak ternilai terhadap sesuatu bangsa dan negara.Projek penyelidikan ini adalah satu kajian ilmiah yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan tentang permainan wau tradisional di kalangan masyarakat pada masa kini.Pada masa dahulu permainan wau sangat diminati oleh semua golongan masyarakat.Ini kerana permainan wau ini dapat menyatukan dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat.Wau dimainkan pada masa lapang untuk menghilangkan penat bekerja seharian.Masyarakat dahulu terdiri daripada petani dan nelayan.Setelah mereka pulang dari bekerja,mereka akan menghabiskan masa lapang dengan bermain wau.Ikatan silaturahim antara masyarakat terjalin melalui permainan wau ini.Mereka saling tolong-menolong untuk menaikkan dan menurunkan wau.Kini permainan wau kurang mendapat sambutan di kalangan golongan muda.Mereka lebih meminati permainan yang lebih mencabar.Golongan muda kini kurang pendedahan tentang permainan wau.Mereka tidak diajar untuk mengasah bakat serta kemahiran untuk membuat wau.Selain itu,wau juga diubahsuai fungsinya agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.Contohnya wau kini dijadikan sebagai hiasan,seni pertukangan perak dan kraftangan.Dengan ini,wau akan dapat diperturunkan kepada generasi akan datang.Walaupun wau diubahsuai fungsinya sebagai permainan pada masa lapang kepada hiasan,tetapi bentuk dan coraknya tidak berubah.Melalui kajian ini,dapat kita berkongsi tentang permainan wau pada masa dahulu sehingga sekarang.Kajian ini meliputi jenis-jenis wau.corak wau,kaedah permainan wau khususnya di Kelantan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 63
Programme: Warisan Budaya
Institution: FTKW
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6342
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2