Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap unsur alam dalam reka corak songket Terengganu


Citation

Nor Suraini Md. Noor (2011) Kajian terhadap unsur alam dalam reka corak songket Terengganu. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Songket merupakan satu kerajinan masyarakat Melayu, ia merupakan satu tekstil tradisional yang bermutu tinggi kerana keunikan dan kehalusan kain songket amat mempersonakan. Kehalusan dan keindahan songket sebagai lambang warisan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman sememangnya memukau jika dihayati dengan mendalam. Corak dan motifnya memaparkan identiti orang Melayu, di samping mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang hidup dalam alam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat kajian berkenaan dengan unsur alam dalam kain songket Terengganu. Kajian ini dibuat kerana ingin mengetahui rekacorak kain songket dan hanya 15 unsur alam telah dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui adakah unsur alam menjadi inspirasi kepada penenun mencipta corak. Objektif kajian adalah untuk mengkaji unsur alam dalam rekacorak songket dan mengetahui faktor pemilihan corak kain songket. Kajian ini dibuat dengan mengunakan kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan termasuklah kajian teks, tesis yang berkenaan kain songket dan jurnal dan tinjauan ke tempat tenunan songket di Kampung Pasir Pajang, Kuala Terengganu. Selain itu untuk mendapat maklumat dengan lebih tepat lagi kaedah temubual juga dilakukan. Melalui kaedah temubual ini, segala maklumat yang terkumpul dan di analisis untuk menjawab persoalan daripada objektif kajian. Daripada rumusan kajian sememangnya corak kain songket Terengganu di inspirasi daripada unsur alam serta mempunyai nilai estetikal yang tinggi dan kain songket perlu dinaikkan taraf agar sejajar dengan kain antarabangsa.

Download File / URL

[thumbnail of NOR SURIANI BINTI MD NOOR.pdf] Text
NOR SURIANI BINTI MD NOOR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 87
Supervisor: En. Fauzi Bin Ab.Llah
Programme: Tekstil dan Fesyen
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5642
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2