Digital Special Collection Portal

Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Aidrus (Tok Ku Paloh) lagenda keagamaan Terengganu


Citation

Rosmizam Rezali (2011) Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Aidrus (Tok Ku Paloh) lagenda keagamaan Terengganu. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kedudukan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang diidentitikan dengan ciri-ciri keagamaan lazimnya dikaitkan dengan hasil penghayatan ilmu agama yang telah berjalan berabad-abad lamanya dan mencapai kemuncak pada abad ke -19. Zaman kemuncak ini menampakkan kepada kita kepesatan keilmuan dan kelahiran alim ulama' terkemukan Terengganu khususnya daripada golongan alim ulama' pendatang. Bertolak dari ini, maka tumpuan kajian penulis adalah kepada kewujudan ulama' terkenal Terengganu pada zaman kemuncaknya, yakni dalam abad ke-19 dengan tumpuan khusus kepada pemikiran agama yang dibawa oleh mereka serta peranan mereka kepada masyarakat. Untuk melihat pemikiran alim ulama' tersebut, maka kajian ini memerlukan suatu kepuasan kepad hasil-hasil karya tokoh-tokoh tersebut yang banyak memuatkan persoalan-persoalan Tasawuf, Usuluddin dan Feqah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat peranan dan pengaruh alim ulama' dalam istitusi agama dan pentadbiran, sebagai elit agama yakni berada dalam hairaki teratas dalam pentadbiran dan pentadbiran negeri, di samping berperanan sebagai interlektual dan karismatik dalam memimpin masyarakat. Hal ini dapat dilihat semasa zaman tradisional Terengganu digugat oleh campurtangan Inggeris. Jadi kajian ilmiah ini akan cuba melihat pemikiran serta peranan ulama' terkemuka Terengganu kepada masyarakat khususnya dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 111
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Kesusasteraan
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5635
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2