Digital Special Collection Portal

Nilai-nilai murni dalam filem dongeng rakyat Melayu


Citation

Tuan Zuraimi Tuan Mohamad (2011) Nilai-nilai murni dalam filem dongeng rakyat Melayu. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas tiga buah filem dongeng rakyat iaitu Bawang Putih Bawang Merah (1959), Batu Belah Batu Bertangkup (1959) dan Si Tanggang (1961). Filem ini dilihat sebagai filem yang mampu mengajar dan mendidik. Objektif kajian adalah untuk mengenali filem-filem dongeng rakyat, mengkaji unsur nilai dalam filem dongeng rakyat, mengkaji peranan rakyat, mengkaji unsur nilai dalam filem dongeng rakyat, mengkaji peranan filem dan sumbangannya. Gabungan kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kajian teks atau perpustakaan dan melalui tontonan filem dapat memperlihatkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam filem dongeng rakyat. Filem berperanan mengajar dan mendidik melalui nilai-nilai murni yang sekaligus membentuk humanistik, mengasah ketajaman berfikir dan memperlihatkan gambaran masyarakat dahulu. Manakala, kajian terhadap filem ini juga mampu memberi sumbangan kepada individu lain, masyarakat, institusi dan kepada Negara. Teori yang digunakan ialah teori moral yang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu nilai mazmumah dan nilai mahmudah. Membezakan kedua-dua nilai moral tersebut adalah kearah kebaikan dan keburukan. Antara nilai moral ini dapat dilihat dari segi nilai berkaitan dengan perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, nilai berkaitan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan berkaitan dengan keamanan dan keharmonian. Kajian ini juga mencatatkan profile dan sinopsis setiap filem, nilai moral dan sumbangan filem-filem dongeng dalam proses membentuk masyarakat yang mana profile filem yang dinyatakan genre, kategori. tema. persoalan, dan aliran filem-filem tersebut.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 127
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Kesusasteraan
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5633
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2