Digital Special Collection Portal

Sumber ekonomi masyarakat orang asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan


Citation

Nurul Fasihah Subakir (2011) Sumber ekonomi masyarakat orang asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat keatas sumber ekonomi masyarakat Orang Asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sumber pendapatan, jenis-jenis sektor pekerjaan dan mengenalpasti purata jumlah pendapatan sebulan masyarakat Orang Asli Kaum Temiar. Gabungan kaedah lapangan seperti borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan perpustakaan pula seperti buku, kajian kes sorotan terdahulu dan sebagainya. Sumber ekonomi masyarakat Orang Asli kaum Temiar di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan masih lagi menjalankan aktiviti pertanian sara diri. Aktiviti pertanian yang mereka masih kekalkan sehingga sekarang adalah sistem berpindah-randah. Antara aktiviti pertanian adalah berkebun, bercucuk tanam seperti tanaman padi bukit, ubi kayu, ubi keledek, jagung, sayur-sayuran hijau yang lain dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka menjalankan aktiviti memungut hasil hutan seperti mencari rotan, kayu gahara, akar-akar kayu dan daun-daun herba yang diperolehi daripada hutan-hutan sekitar Kuala Betis. Mereka juga memperolehi sumber makanan daripada hasil buruan seperti rusa, ayam hutan, burung dan sebagainya. Masyarakat Orang Asli kaum Temiar ini juga terdiri daripada kakitangan kerajaan iaitu berkhidmat sebagai guru, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan sebagainya. Tinjauan ke tapak dan perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan dan melihat sesuatu atau maklumat dengan lebih tepat.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL FASIHAH BINTI SUBAKIR.pdf] Text
NURUL FASIHAH BINTI SUBAKIR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 80
Supervisor: Dato' Hj Adi Bin Hj Taha
Programme: Muzium dan Arkib
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5623
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2