Digital Special Collection Portal

Penerimaan masyarakat orang asli Temiar Asli terhadap pembangunan Mmden di Kuala Betis Gua Musang, Kelantan


Citation

Yaakob Arsat (2011) Penerimaan masyarakat orang asli Temiar Asli terhadap pembangunan Mmden di Kuala Betis Gua Musang, Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas 'Penerimaan Masyarakat Orang Asli Temiar Asli Terhadap Pembangunan Moden Di Kuala Betis Gua Musang, Kelantan'. Objektif kajian adalah mengkaji penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pembangunan moden, mengetahui kesan pembangunan terhadap masyarakat Orang Asli dari aspek, budaya, sosial, dan juga ekonomi dan objektif akhir adalah mengetahui tradisi lama masyarakat Orang Asli adakah dikekalkan oleh generasi muda dalam pembangunan moden. Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Kehebatan komuniti tersebut ternyata berpunca daripada pengaplikasian kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi daripada pengaplikasian kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi daripada generasi dahulu. keserasian cara hidup yang begitu harmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengenal pasti tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat, dan pemuliharaan yang berkesan demi menghormati sumbangan alam terhadap kehidupan mereka. Menyedari tentang perlunya nilai-nilai dan ilmu pengetahuan tradisi dipertahankan, kini masyarakat Orang Asli mula berubah dari segi cara hidup mereka akibat kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan moden yang berlaku di sekitar mereka. Justeru itu, kajian ini mengfokuskan penerimaan masyarakat Orang Asli dengan mengambil kira, maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan mengedarkan borang soal selidik dan temubual terhadap responden. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja dan jurnal yang memperkatakan tentang masyarakat Orang Asli sebagai sorotan kajian.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 103
Supervisor: Dato Dr Adi Bin Taha
Programme: Muzium dan Arkib
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5622
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2