Digital Special Collection Portal

Experimentasi nilai-nilai murni filem (Ibu Mertuaku) menerusi filem pendek 'Tempayak Retak'


Citation

Norliza Abd Manaf (2011) Experimentasi nilai-nilai murni filem (Ibu Mertuaku) menerusi filem pendek 'Tempayak Retak'. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Filem pendek lazimnya mengambil masa tayangan yang singkat, iaitu kurang daripada 60 minit. Oleh kerana had masa tayangan yang singkat, isi kandungan filem pendek juga terbatas. Filem pendek berkait rapat dengan elemen ekperimen dan ia tidak mementingkan penceritaan yang padat di dalam filem 'ibu mertuaku' yang diarahkan dan dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Penghasilan filem pendek ini pada peringkat awalnya membuat kajian mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam filem Ibu Mertuaku melalui pemerhatian menerusi rakaman DVD, kemudian mengenal pasti nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Hasil analisis kajian mengenai nilai-nilai murni daripada responden menunjukkan bahawa sebanyak tujuh belas nilai murni yang telah dikaji oleh Dr. Syed Abdullah adalah benar dan dipersetujui. Seterusnya sebanyak tujuh jenis nilai murni yang terdapat dalam Ibu Mertuaku telah dipilih untuk diterapkan ke dalam filem pendek ini. Penghasilan filem pendek ini memerlukan kos yang agak tinggi dan jangka masa yang lama. Bermula dengan pra produksi sehinggalah kepada pasca produksi. Setelah membuat kajian mengenai nilai-nilai murni tersebut, senaskah skrip telah dihasilkan berasakan niali-nilai murni tersebut. Segala kos serta jadual telah dibina bagi kesesuaian watak yang akan dilakonkan. Seterusnya pembikinan filem pun berlaku dan menggunakan sebanyak empat lokasi dan penggambaran juga berlansung selama 4 hari yang berlainan. Hal ini kerana terdapat kekangan masa daripada pelakon dan krew teknikal. Filem ini diharapkan dapat memberikan hiburan secara tidak langsung menjadikan pengajaran kepada para penonton.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 67
Supervisor: En. Ahamad Tarmizi Bin Azizan
Programme: Rekabentuk Media
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5616
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2