Dialek merupakan satu perkara yang dapat melambangkan budaya, identity dan juga lambing sesebuah negeri. Kelantan merupakan sebuah negeri yang cukup kaya dan indah dialeknya. Mempunyai keunikan yang tersendiri malahan menjadikan negeri Kelantan begitu istimewa, bukan sahaja kaya dengan budaya malahan juga kaya dengan warisan bahasa yang begitu indah dan halus. Walaupun loghat yang disebut kedengaran agak kasar dan pelik namun disebaliknya terkandung maksud yang pelbagai. Dialek terbentuk daripada amalan budaya masyarakat itu sendiri yang mana memainkan peranan yang begitu penting dalam melestarikan warisan yang amat berharga ini agar terus terpelihara. Diaplikasikan dalam percakapan harian dialek ini telah menjadi satu bahasa komunikasi yang sentiasa akan digunakan namun masih lagi ada sesetengah orang yang tidak dapat memahaminya malah ada yang tidak dapat menerimanya sebagai bahasa tradisi masyarakat sendiri. dialek Kelantan ysng digunakan oleh masyarakat Kelantan sejak zaman berzaman adalah begitu berharga kerana hanya sesetengah orang sahaja yang masih lagi tahu cara menyebut berserta maksudnya contohnya adalah seperti warga emas yang masih lagi menggunakannya dalam komunikasi harian mereka, bukan sahaja berintonasi yang lembut malahan cukup unik. Kajian ini dijalankna bagi memperolehi dan mengcungkil dialek-dialek yang digunapakai oleh orang Kelantan di beberapa daerah di Kelantan, malahan juga bagi mengkaji perbezaan dialek diantara daerah-daerah berserta ungkapan uniknya yang suatu ketika dahulu pernah digunakan oleh nenek moyang kita malah melihatnya sebagai satu khazanah yang begitu berharga untuk dipelihara dan dipulihara.