Digital Special Collection Portal

Kajian tentang nilai murni dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said


Citation

Nur Asmira Mat Din (2011) Kajian tentang nilai murni dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat keatas 29 buah lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Nyayian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh ahli masyarakat tradisional masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik masyarakat.Ini jelas kita lihat penglipur lara masa lalu merupakan institusi pendidikan yang tidak formal dalam masyarakat tradisi. Mereka menyusun masyarakat dengan cerita dan lagu. Memberi iktibar dan tauladan melalui cerita dan lagu yang disampaikan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji unsur nilai nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said dan juga mengkaji unsur pendidikan yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Kaedah kajian yang utama digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan kajian teks. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. kajian kualitatif mencari dan mengumpul bahan yang relevan dengan rujukan yang dikaji seperti istilah, konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu fenomena dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah kajian teks. Bahan yang terkumpul dianalisis dengan berpusatkan kepada pengajaran dan pendidikan dalam kajian teks, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan sosiologi. Teori sosiologi yang mengatakan sesebuah karya itu ada unsur-unsur mengajar dan mendidik. Selain itu, Pendekatan sosiologi memang menekankan aspek ajaran-ajaran sosiol, iaitu karya tersebut ingin mengajar bagaimana hendak menjadi seorang rakyat yang berguna, manusia yang sensitif terhadap tugas kemasyarakatan, bertanggungjawab dan bersedia berjuang demi kepentingan rakyat bawahan. Teori ini juga menerangkan mengenai diri seseorang penyair iaitu diri penyair tersebut dapat dilihat melalui karyanya. Dari sudut pensejarahannya, pendekatan sosiologi ini sebenarnya merupakan lanjutan dari pendekatan historikal. Pencarian maklumat melalui teks ini lebih menekankan kepada bahan-bahan sastera, khususnya sastera rakyat. Lagu-lagu yang hendak dikaji akan didengari terlebih dahulu dan di skripkan semula untuk memudahkan pengkaji melihat nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut. Pengkaji hanya memfokuskan kajiannya hanya kepada lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said sahaja.

Download File / URL

[thumbnail of NUR ASMIRA BINTI MAT DIN.pdf] Text
NUR ASMIRA BINTI MAT DIN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 179
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed sulaiman
Programme: Kesusasteraan
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5578
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2