Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap temenggung dan perpatih satu perbandingan adat istiadat perkahwinan


Citation

Norayuni Azura Mat Ail (2011) Kajian terhadap temenggung dan perpatih satu perbandingan adat istiadat perkahwinan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Masyarakat Melayu sangat kaya dengan adat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang wajib dipatuhi. Istiadat pula merupakan peraturan atau cara melakukan sesuatu yang dapat diterima sebagai adat. Adat dan istiadat saling berkaitrapat diantara satu sama lain yang tidak dapat dipisahkan. Berperanan sebagai alat yang mampu mengatur kehidupan masyarakat ke arah kerukunan dan kesejahteraan hidup, suatu budaya sekadar kebiasaan, keresaman, istiadat tetapi juga suatu cara hidup, suatu kebudayaan yang turut meliputi persoalan fitrah manusia dan peraturan kehidupan. Komitmen yang di tunjukkan oleh masyarakat Melayu terhadap adat istiadat ini amat jelas di gambarkan melalui adat perkahwinan. Masyarakat Melayu hanya mengamalkan dua jenis adat samada adat temenggung atau adat perpatih. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui perbandingan adat temenggung dan adat perpatih dalam adat istiadat perkahwinan keran belum ada agi kajian perbandingan diantara kedua adat istiadat ini. Melalui hasil kajian yang telah dibuat berdasarkan penggunaan data kualitatif, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua adat ini adalah lebih kurang sama sahaja dan hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaan istilah, dan juga upacara adat istiadat tetapi maksudnya adalah lebih kurang sama sahaja. Dengan demikian, kedua-dua adat ini adalah mempunyai daya tarikan masing-masing yang sama-sama saling berkait rapat dalam kehidupan seharian masyarakat terutamanya dalam adat istiadat perkahwinan.

Download File / URL

[thumbnail of NORAYUNI AZURA BINTI MAT AIL.pdf] Text
NORAYUNI AZURA BINTI MAT AIL.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 142
Supervisor: Prof. Madya Dr. Farouk Bin Zakaria
Programme: Arkeologi
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5577
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2