Digital Special Collection Portal

Kajian terhadap tema dan persoalan dalam lagu rakyat negeri Kelantan


Citation

Wan Nur Atikah Wan Ab Rahman (2011) Kajian terhadap tema dan persoalan dalam lagu rakyat negeri Kelantan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat ke atas 19 buah lagu rakyat Negeri Kelantan yang terdiri daripada lagu kanak-kanak serta lagu dewasa. Lagu Rakyat di lihat sebagai seni puisi berlagu dan berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman lagi. Nyanyian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh ahli masyarakat tradisional pada masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar untuk menghibur tetapi lebih untuk mendidik serta mengajar masyarakat. Objektif kajian adalah untuk mengesan lagu rakyat negeri Kelantan, memahami tema dan persoalan dalam lagu rakyat tersebut serta pengkaji ingin mengumpul dan membukukan lagu rakyat tersebut. Kaedah kajian yang utama digunakan bagi memperolehi data dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan kajian teks. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Kajian kualitatif mencari dan mengumpul bahan yang relevan dengan rujukan yang dikaji seperti istilah,konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu fenomena dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah kajian teks. Bahan yang terkumpul dianalisis dengan perpusatkan kepada pengajaran dan pendidikan. Dalam kajian teks, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan sosiologi. Teori ini menerangkan mengenai diri seseorang penyair iaitu diri penyair tersebut dapat dilihat melalui karyanya. Dari sudut pensejarahannya, pendekatan sosiologi ini sebenarnya merupakan lanjutan dari pendekatan historical. Pencarian maklumat melalui teks ini lebih menekankan kepada bahan-bahan sastera, khususnya sastera rakyat. Lagu-lagu yang hendak dikaji akan didengari terlebih dahulu dan di skripkan semula untuk memudahkan pengkaji mendapatkan petikan sebagai bahan. Lagu-lagu yang dikaji adalah lagu-lagu rakyat negeri Kelantan dan lagu-lagu ini dinyanyikan secara dialek Kelantan seterusnya pengkaji akan mengubahnya atau menterjemahkan dalam bahasa Malaysia baku bagi memudahkan masyarakat di negeri lain memahaminya.

Download File / URL

[thumbnail of WAN NUR ATIKAH BINTI WAN AB RAHMAN.pdf] Text
WAN NUR ATIKAH BINTI WAN AB RAHMAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 176
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Pengajian Warisan
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5563
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2