Digital Special Collection Portal

Konsevasi Bangunan Masjid Lama Mulong: analisis kaedah dan pendekatan


Citation

Mohd Hafiz Affandy (2010) Konsevasi Bangunan Masjid Lama Mulong: analisis kaedah dan pendekatan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Konservasi merupakan satu disiplin yang berkaitan dengan proses pemulihan serta pemeliharaan terhadap sesuatu bangunan, monument dan tapak sejarah. Kaedah serta pendekatan disiplin konservasi adalah suatu amalan yang murni dalam usaha memartabatkan kembali nilai warisan yang dibina sejak berzaman. Melalui pendekatan konservasi juga mampu mengembalikan memori serta nostalgia silam dalam proses pelestarian warisan dan memperkenalkan identiti serta imej rumpun Melayu di persada dunia. Seni bina pertukangan masyarakat Melayu adalah antara warisan budaya yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain bagi memastikan nilai kesinambungan warisan itu berlangsung. Antara seni bina pertukangan masyarakat Melayu yang popular adalah seni bina pertukangan rumah, istana, masjid dan sebagainya. Seni bina pertukangan masjid dilihat mempunyai keunikan serta kesenian yang tersendiri misalnya seni bina Masjid Kg Laut yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia yang berusia ratusan tahun. Pendekatan kaedah konservasi juga telah berlangsung pada bangunan masjid lama Mulong yang kini tersergam indah hasil sentuhan proses pemliharaan yang dijalankan. Kajian mengenai analisis kaedah konservasi pada bangunan masjid lama Mulong telah dilaksanakan dan ianya suatu pengalaman yang menarik dalam skop perkongsian serta percambahanilmu di mana masyarakat mampu melihat serta mengetahui proses-proses yang telah dilakukan dalam memelihara kembali nilai warisan Negara yang begitu bernilai dan mempunyai keunikan serta nilai estetika yang tinggi.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 175
Supervisor: Prof. Dato' Dr. Adi Hj. Taha
Programme: Pengajian Warisan
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5530
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2