Digital Special Collection Portal

Penerapan ciri-ciri warisan melayu dalam rekabentuk perabot hotel


Citation

Muhammad Hakimi Bin Mohamed Suji Penerapan ciri-ciri warisan melayu dalam rekabentuk perabot hotel. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Reka bentuk perabot hotel yang diterapkan unsur warisan di dalam sebuah rekaan merupakan tajuk kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.Kajian ini mengaplikasikan
reka bentuk unsur warisan dalam rekaan perabot hotel atau meja kopi dikhaskan pada bahagian lobi.Penerapan unsur reka bentuk gasing adalah untuk menggambarkan identiti warisan melayu seperti kita sedia maklum selain wau bulan,gasing juga merupakan permainan tradisi orang melayu di Kelantan,maka penerapan elemen gasing bertepatan dengan objektif utama kajian iaitu untuk menghasilkan satu perabot hotel yang beridentitikan warisan melayu.Hal ini penting kerana secara tidak langsung dapat menunjukkan warisan tradisional melayu kepada orang ramai termasuk pelancong asing kerana hotel merupakan tempat persinggahan,tambahan pula Kelantan ini merupakan salah satu tempat pelancongan di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong asing.Keadaan ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan keunikan warisan tradisional melayu kepada mereka semua.Kaedah yang digunakan dalam proses mereka bentuk perabot meja kopi ialah mengambil dari bentuk sebuah gasing.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5341
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2