Digital Special Collection Portal

Tarian tradisional negeri Pahang : tarian Pelanduk


Citation

Wan Muhammad Mustaqim Wan Saharudin (2014) Tarian tradisional negeri Pahang : tarian Pelanduk. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Tarian Tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi gerakan tubuh badan dan mempunyai unsur-unsur keindahan. Negeri Pahang mempunyai seni persembahan tradisional yang dikenali sebagai Tarian Pelanduk. Tarian Pelanduk merupakan tarian yang berkisarkan aktiviti pemburuan penduduk kampung Bukit Betong dan telah diadaptasi menjadi sebuah bentuk tarian.Permasalahan wujud apabila masyarakat kini kurang mengenali tarian ini lagi dan warisan budaya ini mengalami kepupusan kerana kekurangan perintis. Tambahan pula, ketiadaan perekodan secara penulisan ilmiah berkaitan tarian pelanduk menyukarkan generasi kini mengenali dengan lebih jelas perihal kesenian kebudayaan ini. Dengan mengenalpasti dan memahami tiga objektif ini iaitu, mengenalpasti sejarah dan asal-usul Tarian Pelanduk tradisional negeri Pahang, perbezaan tarian pelanduk tradisional dan moden, dan memahami makna dan gerak tari yang terdapat dalam tarian pelanduk tradisional akan merungkai serba sedikit permasalahan dalam kajian ini.Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah secara premier dan sekunder.Sejarah Tarian pelanduk ini dikaitkan dengan kewujudan pembesar yang pernah berpusat di Kampung Bukit Betong malahan kajian mendapati Tarian Pelanduk versi tradisional dan moden mempunyai perbezaan yang ketara dari pelbagai aspek. Pengkaji berharap Tarian Pelanduk ini dapat diperkembangkan dan diteruskan oleh generasi yang akan datang untuk mengelakkan kesenian kebudayaan ini pupus ditelan zaman.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 114
Supervisor: Shaipuddin Bin Muhammad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5335
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2