Digital Special Collection Portal

Mak Yong Kelantan : kajian terhadap struktur persembahan


Citation

Nurfaezaa Binti Rosli (2014) Mak Yong Kelantan : kajian terhadap struktur persembahan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur persembahan yang terdapat dalam persembahan Mak Yong Kelantan.Kajian ini dibuat berdasarkan teori-teori seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat).Penelitian adalah tertumpu kepada kronologi persembahan. Di dalam kronologi persembahan terdapat permulaan sesebuah persembahan sehingga penutup persembahan.Mak Yong sebuah teater tradisional melayu Kelantan. Mak Yong mempunyai unsur-unsur keunikan tersendiri dalam persembahan, lagu dan irama, watak gerak, muzik, kostum, penceritaan dan sebagainya. Keunikan ini menjadikan persembahan Mak Yong luar biasa sifatnya kerana ia menimbulkan keindahan yang pelbagai pula. Atas keunikan dan keluarbiasaan itulah Mak Yong dapat digolongkan sebagai kesesuaian tradisional asli melayu Kelantan.Dalam struktur persembahan Mak Yong terdapat bahagian-bahagian penting seperti penceritaan, prop, watak perwatakan, muzik, peralatan muzik dan busana. Semua bahagian ini saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu sesebuah persembahan yang baik akan tercapai jika semua bahagian bergabung dengan jayanya. Sebagai kesimpulan,kajian ini mengutarakan bahawa struktur persembahan amat penting di dalam sesebuah persembahan Mak Yong. Hal ini dapat dibuktikan melalui rujukan dan kajian yang dilakukan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 96
Supervisor: Shaipuddin Bin Muhammad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5326
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2