Digital Special Collection Portal

Homestay kampung Pasir Raja, Terengganu satu pusat pelancongan warisan dan budaya


Citation

Muhamad Naufall Abd Kadir (2014) Homestay kampung Pasir Raja, Terengganu satu pusat pelancongan warisan dan budaya. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Program tinggal bersama (homestay) peringkat negeri Terengganu di Kampung Pasir Raja,Hulu Dungun,Terengganu ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Y.B Dato' Sabaruddin Chik yang merupakan menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 28 September 1996 bersamaan 15 Jamadilawal 1417H. Kajian ini memfokuskan kepada aktiviti perkampungan budaya melalui Homestay di Kampung Pasir Raja,Dungun,Terengganu.Oleh itu,kajian ini hanya menumpukan kepada warisan budaya setempat yang tidak sama di perkampungan lain serta masih lagi wujud dan menjadi keunikan bagi homestay di perkampungan tersebut.Kajian turut melibatkan beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Kampung Pasir Raja antaranya Tarian Saba,tumbuk emping dan tarian piring. Selain itu,di perkampungan tersebut juga terdapat warisan alam semulajadi yang sangat unik dan mempesonakan setiap mata memandang.Antara warisan tersebut merangkumi tempatnya yang dingin,berkabus dan nyaman ianya turut dihiasi dengan tarikan warisan alam semulajadi
seperti Bumbung Raja,Hutan Lipur Chemerong dan tarikan baru yang boleh dimuatkan di dalam program homestay ini untuk dijadikan sebagai destinasi pilihan seperti Taman Biodiversiti Sungai Loh,Lata Lubuk Kain dan Pembangunan Bersepadu Herba Pasir Raja.Kesemua budaya dan warisan alam semulajadi yang terdapat di perkampungan ini perlu dipelihara agar ia terus menjadi lambang atau identiti
masyarakat setempat.Masalah dan persoalan kajian yang wujud dalam kajian ini ialah mampukah semua warisan tersebut menarik kedatangan pelancong untuk melawat.Selain itu,ekonomi masyarakat di situ kebanyakannya bergantung kepada aktiviti pertanian dan persoalannya sejauh manakah program homestay ini menjana pendapatan penduduk setempat.Selain itu,dapat mengetahui penerimaan masyarakat terhadap progam ini.Hal ini kerana,kajian yang dilakukan untuk memperkenalkan budaya setempat melalui pelancongan homestay perkampungan budaya.Seterusnya,untuk meningkatkan ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat setempat melalui program homestay di Kampung Pasir Raja dan yang terakhir untuk mempromosi dan memberi pengetahuan mengenai kewujudan dan keunikannya kepada masyarakat luar. Kaedah kajian yang telah digunakan telah mengumpul data primer dan sekunder.
Soal selidik yang telah dijalankan kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan mendapati bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi bersetuju bahawa program homestay ini dapat mencapai objektif kajian dan menyambut baik program ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 77
Supervisor: Nor Hamizah Binti Abdul Hamid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5317
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2