Digital Special Collection Portal

Khasiat dan pemprosesan kelulut : satu kajian kes


Citation

Mohamad Aikar Derahman (2014) Khasiat dan pemprosesan kelulut : satu kajian kes. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Perusahaan madu lebah kelulut adalah satu aktiviti yang berpotensi mendapat hasil yang lumayan.Madu lebah kelulut merupakan salah satu makanan yang begitu berkhasiat dan
mempunyai antioksida yang tinggi berbanding dengan lebah-lebah yang lain.Lebah kelulut atau nama saintifiknya adalah Trigona spp. dan mempunyai 150 spesis di serata dunia sementara 29 spesies daripadanya boleh ditemui di Malaysia.Meskipun ia tergolong dalam spesis lebah,namun kelulut tidak berbahaya dan tidak menyerang manusia. Keunikan lebah kelulut bukan sahaja bertindak sebagai ejen pendebungaan malah boleh mengumpul madu.Namun begitu
lebah kelulut sukar diperolehi kerana berada di dalam hutan.Selain itu juga,masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran kerana mengganggap madu lebah biasa lebih berkhasiat daripada lebah kelulut.Hal ini juga,mempunyai halangan dalam penternakan madu kelulut kerana faktor
alam semulajadi dan serangga menyebabkan lebah kelulut meninggalkan sarangnya.Madu kelulut mempunyai banyak khasiatnya antaranya menyembuh penyakit gastrik,luka dalaman dan sebagainya.Dengan menggunakan kaedah kajian temu bual serta perpustakaan melalui analisis dokumen,suatu kajian yang berkaitan dengan khasiat madu kelulut dan cara penternakan madu kelulut.Pengumpulan data berkaitan dengan buku-buku rujukan,jurnal,suratkhabar,risalah dan kajian lepas telah digunakan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kajian ini melihat perkembangan madu kelulut di Malaysia yang begitu tinggi permintaannya,potensi madu kelulut dan kepentingannya serta cadangan untuk memajukan perusahaan madu kelulut dalam penternakan di Malaysia.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 91
Supervisor: Fauzi Bin Abdullah
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5315
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2