Digital Special Collection Portal

Citra wanita melayu: penelitian terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Harga Sebuah Maruah


Citation

Afirah Osman@ Yusof (2014) Citra wanita melayu: penelitian terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Harga Sebuah Maruah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan penyelidikan tentang aspek citra wanita Melayu tradisional yang dijelmakan menerusi watak Jeha dalam Ranjau Sepanjang Jalan dan Cah dalam Harga Sebuah Maruah oleh pengarang-pengarang tersohor Malaysia iaitu Shahnon Ahmad dan Azizi Hj.Abdullah. Menariknya, penghuraian watak-watak wanita ini ditunjangi dengan bercirikan kewanitaan dihuraikan dengan kemas oleh pengarang-pengarang lelaki sekali gus pembaca dapat melihat citra wanita berdasarkan perspektif berlainan gender. Pendedahan tentang perkaitan antara watak Jeha dan Cah tidak mendapat keutamaan pengkaji-pengkaji sastera yang kurang menyelidiki tentang mesej yang cuba disampaikan pengarang-pengarang tersohor ini. Dalam erti kata lain, nilai-nilai kemanusiaan memang sudah menjadi kepastian dalam penulisan karya-karya sastera ini melalui kaedah-kaedah yang relevan dengan masyarakat pembaca
sekarang. Idea yang digunakan adalah meneliti perkaitan antara watak Jeha dan Cah, melihat perbandingan kedua-dua watak untuk menyampaikan mesej yang cuba diketengahkan oleh pengarang.Di samping memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam karya sastera ini. Rujukan diasaskan kepada dua buah novel yang merupakan karya pengarang sasterawan negara dalam masyarakat sekarang. Penulisan ini menggunakan pendekatan kajian teks yang menyeluruh. Kegigihan watak dalam karya ini dilihat melalui watak wanita yang berusaha untuk melindungi tanah sawah padi mereka. Oleh yang demikian,watak wanita bukan sahaja terkenal dengan kelembutan serta keayuannya tetapi wanita juga diangkat martabatnya setanding kaum lelaki. Justeru,makalah ini merungkai nilai-nilai yang terdapat dalam karya Ranjau Sepanjang Jalan dan Harga Sebuah Maruah melalui citra wanita utama.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 84
Supervisor: Afidatul Syazwani Binti Afandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5312
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2