Digital Special Collection Portal

Mengkaji rekabentuk perabot interaktif untuk kanak-kanak di pusat membeli belah


Citation

Wan Muzdalifah Abd. Tolib (2015) Mengkaji rekabentuk perabot interaktif untuk kanak-kanak di pusat membeli belah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kanak-kanak merupakan orang yang paling penting di dunia dan semua kanak-kanak tidak kira umurnya memerlukan penjagaan yang sewajarnya ketika berada di pusat
membeli belah.Justeru itu,mereka memerlukan satu rekabentuk yang mampu memberi kegembiraan dan selamat untuk mereka bermain.Keselamatan kanak-kanak di pusat membeli belah sangat penting bagi ibu bapa dan penjaga. Menggunakan prinsip rekabentuk asas Gestalt,perabot yang direka bukan sahaja berstruktur tetapi juga cantik,menarik dan berfungsi.Bentuk kerusi yang dihasilkan dapat menghilangkan rasa bosan
kanak-kanak ketika berada di pusat membeli belah serta dapat menjamin keselamatan kanak-kanak.Ini disebabkan terdapat dua jenis alat permainan kanak-kanak yang diletakkan pada perabot berkenaan.Oleh yang demikian,kajian ini mengetengahkan kepentingan perabot untuk kanak-kanak di pusat membeli belah bagi menjamin keselamatan kanak-kanak serta memberi kemudahan kepada pengguna lain dan memudahkan ibu bapa mengawal kanak-kanak yang sukar di kawal di pusat membeli belah.Perabot ini menekankan konsep rekabentuk interaktif untuk menarik minat kanak-kanak.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 91
Supervisor: Jafrulhizam Bin Jaafar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5308
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2