Digital Special Collection Portal

Kajian visual berkaitan dengan kempen kesedaran denggi terhadap masyarakat


Citation

Suhaida Binti Jaafar (2015) Kajian visual berkaitan dengan kempen kesedaran denggi terhadap masyarakat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian yang telah dijalankan adalah berkaitan dengan kempen kesedaran denggi.Kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui poster bagi menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada masyarakat akan isu yang semakin
membimbangkan ini.Berpandukan kepada statistik terkini (24 Jun 2015) dari bilik gerakan denggi kebangsaan,Kementerian Kesihatan Malaysia,jumlah terkumpul kes denggi sehingga 20 Jun 2015 ialah 53,823 dengan 158 kematian berbanding tahun sebelumnya jumlah terkumpul sebanyak 40,208 kes dengan 78 kematian. Peningkatan kes denggi yang amat ketara ini sangat membimbangkan,walaupun melalui pemerhatian penyelidik, pihak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan telah berusaha memberi kesedaran kepada masyaraka.Kita telah sedia maklum bahawa kempen kesedaran denggi ini telah pun dilakukan melalui seluruh media yang ada,sama ada elektronik,cetak,dan lain-lain.Di atas kesedaran tentang bahayanya denggi ini,pengkaji ingin turut serta
menyumbang untuk merekabentuk poster denggi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Dengan itu,pengkaji mengkaji poster yang dapat menarik minat masyarakat dan sekaligus dapat memberikan impak kesedaran kepada masyarakat.Seterusnya,elemen-elemen yang diterapkan pada poster yang dihasilkan dilihat mempunyai potensi untuk menarik perhatian serta memberikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat.Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang komunikasi visual,
penyelidik mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan isu semasa ini dalam bentuk poster.Selari dengan kajian yang telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 78
Supervisor: Haris Abadi Bin Abdul Rahim
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5304
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2